Pekerja binaan maut dihempap besi konkrit di tapak projek MRT Samantan

Maut dihempap palang besi konkrit
Maut dihempap palang besi konkrit
Seorang pekerja binaan maut manakala seorang lagi rakannya parah selepas dihempap palang besi konkrit di tapak projek pembinaan landasan Transit Aliran Ringan Massa (MRT), 1.40 petang tadi.
Kejadian runtuhan dipercayai berlaku selepas tali pengikat untuk mengangkut besi ke bahagian atas terputus menyebabkan beberapa palang besi konkrit terjatuh.
Menurut jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sementara itu, Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini mengesahkan kejadian berkenaan di kawasan pembinaan Portal Samantan.

Menurutnya, setakat ini hanya dua pekerja yang terbabit dalam insiden berkenaan dan pihak pengurusan syarikat berkenaan masih menunggu laporan penuh berhubung kejadian itu sebelum mengeluarkan kenyataan lanjut.
Share on Google Plus

About a

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment